Assalamualaikum....
Sebelum aku nak cerita pasal tajuk dekat atas ni, korang pernah tak terfikir asal usul Shopping Complex yang selalu korang pergi?? Ala... Yang orang panggil Jaya Jusco tu. Tak kenal? Katak bawah tempurung pun kenal Jaya Jusco (mak aku panggil JJ).
Tapi, apsal aku tiba-tiba buat post pasal Jusco ni? Pelikkan? Actually, aku sendiri pun tak tahu kenapa. Hahahaha... By the way, bagus untuk pengetahuan korang en? Aku saja-saja je cari-cari bahan kat Wikipedia tu untuk dimasukkan dalam blog ni.
Ok, asalnya Jusco ni merupakan singkatan kepada Japan United Stores Company. Nama JUSCO diambil pada tahun 1970 oleh sebuah syarikat yang asalnya didirikan sebagai pedagang sutera kimono pada tahun 1758. Namun, ia dinamakan semula sebagai AEON pada tahun 1989.
Sekarang, asal-usul Jusco di Malaysia pula. Pada tahun 1985, Jusco telah membuka gedungnya yang pertama di Malaysia dan juga yang pertama di luar Jepun iaitu di Plaza Dayabumi, Kuala Lumpur. Ha, ini kerana ia menjadi tanda usahasama dengan ColdStorage (Malaysia).Jusco juga adalah syarikat Jepun pertama yang menjalinkan hubungan perniagaan dengan Malaysia.
Kini 18 buah gedung dan pasar raya JUSCO di seluruh Malaysia sedang beroperasi dengan 4 buah lagi bakal dibuka dan 3 lagi dirancang menjelang 2010. Gedung Jusco yang terbesar di Malaysia juga di Asia Tenggara ialah AEON Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
Inilah Gedung Jusco di Bandar Bukit Tinggi, Klang, Selangor.
Jadi, itulah serba sedikit yang aku nak share dengan korang. At least, walaupun memang least, korang dapat tahu jugakkan tentang asal-usul Jusco yang famous tu...Jadi, seperti biasa,
Wassalam And Chiao~~
Sunday, October 18, 2009
Jusco!
Posted by x-pro96 on Sunday, October 18, 2009
0 comments:
Post a Comment