Wednesday, March 14, 2012

*Silence Mood*

Sori lama tak update. Dalam masa 4-5 bulan ni aku takde mood nak update blog. So now, silent mood :|

Monday, January 23, 2012

The Last Standing

Assalamualaikum...

Kay tajuk memang takde kena mengena pun. Lol --' Nak menghupdate belog ni aduhaiii, malasnyewwww. Nak remove blog ni sayang, so teruskan je la membebel merepek meraban kat sini. Dulu kemain rajin lagi update, hari-hari. Paling tidak pun seminggu 3 kali update. Sekarang ni sebulan sekali pun belum tentu. Haish -.-

Well dah start sekolah 2-3 minggu lepas. Daftar 8hb haritu and know balik 5 hari sempena CNY. Tapi kat sekolah tak belajar sangat pun sebab sementara tunggu keputusan PKP kitorang kena follow satu prog ni yang MARA buat untuk semua students form 4 MRSM se-Malaysia. Nama prog nih Kemahiran Insaniah dan Kemahiran Subjek (KIKS). Hell bosan ingatkan macam MIGTY ada banyak aktiviti, rupanya macam KAT1 masa form 1 je -_-

Frankly speaking tak ready pun nak start belajar Physics, Chemistry n Biology ni. Time cikgu ajar intro je dah tersengguk-sengguk. Well memang bukan akulah kalau dalam lab tak tidur ^^v Memandangkan aku nak jadi pilot en, so aku excited nak belajar physics ni. Nasib baik dapat cikgu besh! Yay! Tapi masuk lab physics pun still menguap gak =.="

And and bila dah form 4 en so means satu blok either blok K or blok F kitorg kena pegang. Batch aku selalu dapat blok F even aku sendiri dari form 1 asyik duk blok F je, so kitorang pegang blok F ah and form 5 pegang blok K. Well yang paling bestnya bila kawan aku sendiri jadi ketua blok so memang macam takde rules dah blok tu xD

Memperkenalkan ketua blok F, Ameer Danish :D

Kalau dulu nak jerit or melalak takleh kuat-kuat, now tiap-tiap malam kul 2-3 pagi melalak tengah court. Even kul 1 pagi pun main bola, hoho. The sweetest moment since form 4 ni bila aku bangun dari tidur pukul 1.30 pagi then nampak member-member lepak kat tengah court sambil baring atas tilam yang dirembat dari bilik kosong, mwehehe. Aku pun join ah sekali baring pandang langit sembang-sembang. Heaven yeah! (Y)

The best part when jamming kat tengah court. Pergh layan bhai satu batch nyanyi kat tengah court. Habis nyanyi bebudak form 2 tepuk tangan. Instead of thanked them kitorang suruh diorang light-off and tidur xD Habis jamming diorang main bola pulak. Aku bawak diri gi sambung jamming dalam bilik. Muahaha




Tak lama lagi bila result PKP dah keluar mesti ramai yang pindah T^T Oh yes PKP tu adalah Program Khas Pembelajaran. Manusia terpilih je dapat masuk MRSM PKP ni. So to sesape yang dapat PKP tu nanti jangan lupakan kitorang kat KKB ni pulak. I love u guys lol. K sampai sini je leteran aku. Chiao~

Friday, January 6, 2012

Ada apa dengan Apple iPod Touch

Assalamualaikum...

Kalau korang dah baca post before nih, mesti korang tau en yang aku dah beli iPod Touch. Aku beli yang 8GB nye version dekat DotLife Wangsa Walk Sabtu lepas dengan harga RM699. Well atas request aku akan buat review ni. Abang Arib sila baca ye? :P


Untuk review ni takde pic unboxing, sebab benda yang ada dalam kotak iPod ni lebih kurang je dengan apa yang ada dekat dalam iPod Shuffle aku dulu. Dalam kotak iPod Touch ni korang akan dapat Apple earphones, 30-pin USB cable, 2 Apple stickers dan FingerTips. FingerTips ni adalah quick guide menggunakan iPod Touch ni. Kalau nak baca user guide iPod Touch boleh download kat website Apple sendiri.

Untuk iPod Touch ni aku amek yang 8GB nye model atas faktor harga. Harga untuk 8GB model adalah RM699 macam aku sebut kat atas dan bagi 16GB dan 32GB, RM1000+ . iPod Touch ni memakai iOS5 yang baru dan maknanya ia menyokong  iCloud! Yes, iCloud ada dekat iPod aku! iCloud adalah sistem pengkomputeran awan dimana kita boleh akses content dalam komputer kita tanpa wayar. Cool aite? x) Aku dah try iCloud ni dan memang superb! Cuma masalahnya aku tatau macam mana nak delete gambar yang aku dah simpan kat iCloud ni =.= Untuk processor iPod lak dia pakai Apple A4 processor iaitu processor yang sama pada iPad1 dan iPhone 4. Skrin pun pakai Retina Display which is display yang paling superb di dunia.

Untuk jailbreak pulak sudah semestinya boleh dibuat sebab iPod ni still pakai iOS5.0.1 . Aku dah jailbreak sendiri dah pakai RedSnow. Kamera just nice dengan resolusi VGA (0.3megapiksel) tapi kekuatan kamera dia terletak dekat video. Kamera iPod Touch ni mampu record 720p HD video! Kamera depan dan belakang sama, yakni VGA jugak. Interface kamera takde beze dengan iPad atau iPhone.


Next adalah Home Screen. Home Screen iPod ni memang takde beza dengan iPad n iPhone sebab pakai iOS yang sama gak en? Apps boleh dicompile dalam satu folder. Selain tu iOS5 jugak sekarang dah ada notifications alert, kamera button dekat Lock Screen dan lain-lain.








One thing pasal iOS, notifications dia tiru Android pulak kne tarik dari atas ke bawah. Dah takde idea lain ke? --' And ingat lagi Voice Control dekat iPhone 3GS ? Yes, function tu pun ada dekat iPod Touch ni. So walaupun takde SIRI, VC ni pun bolehlah.


Gaming? Oh yes dengan integrated Game Center iaitu online score board, korang boleh add kawan korang yang ada GC jugak kat iDevice diorang dan boleh compare score. Aku? Aku bukan orang yang suka main games sangat, so far baru layan 2 game je yakni Asphalt 6 dan Temple Run. Temple Run paling best (Y) hoho





Sumpah aku envy gila dengan Retina Display ni. Clear nak mamp! Ok selain itu macam biasa iOS didatangkan dengan Google Maps. Untuk FB dan Twitter boleh download di Apps Store for free.




*ikut iklan iP4S Maxis* Memandangkan ianya iPod Touch, anda boleh edit gambar sejurus selepas menangkap gambar. Korang boleh gak masukkan movie berformat MP4 ke dalam iPod Touch ni. Setakat ni untuk format .mkv tak support. Video .avi tak try lagi sebab takut makan memory. Lagu? macam iOS lain dengan cover flow dan boleh create Genius Mixes sendiri dengan VC.






Apps yang best? Suggestions? Aku suggest cuba kau try main Temple Run, komfem addicted. Apps 'wajib' ada bagi iOS adalah Instagram. Untuk aku biasa je Instagram ni sebab aku kena tunggu wifi baru boleh pakai Instagram nih -.- And lagi satu bagi korang yang tanak terlepas berita-berita penting misalnya tetiba sakit perut masa tengok berita or cerita yang best, sila download apps 1Malaysia TV. Free je dekat apps store (Y)


Sebarang pertanyaan sila tanya di Formspring aku melalui ruangan yang disediakan di side bar kanan blog nih. Kay sekian saja post aku kali ni, maybe last post aku before balik maktab ahad ni. Kbye :D

Saturday, December 31, 2011

Byebye 2011 :')

Assalamualaikum...

Terlebih dahulu aku nak mintak maaf sebab dah lama tak update. Bukan apa, asyik fikir pasal Part 2 untuk post "Aku dan dirimu" tuh. Alhamdulillah seperti yang aku dah bagitau sebelum ni, aku dapat 8A dalam PMR. Ini menjadikan 2011 antara tahun yang paling bermakna dalam hidup aku. Sepanjang tahun 2011, banyak memori pahit dan manis aku dapat memandangkan tahun ni adalah tahun terakhir bagi aku dan batch aku dalam menengah rendah *tak perlu kecoh kot.

2011 membuka tirainya dalam hidup aku dengan sesi pendaftaran semula ke MRSM Kuala Kubu Bharu dan diikuti dengan Kem Kecemerlangan Diri Pelajar yang dianjurkan bersama PDRM Kuala Kubu Bharu *apsal ayat aku skema semacam lol -.- Lepas tu lak kelas-kelas tambahan dan macam-macam kertas soalan kitorang jawab as preparation for PMR sampai la 4/10/2011 yakni hari kitorang ambil PMR. OK aku ringkaskan sikit bebelan aku dan banyakkan gambar untuk korang tengok. Setiap benda yang kitorang wat sama-sama aku ingat sampai mati. Haha.. Paling best tahun ni la sepanjang 3 tahun kat MRSM tuh walaupun tahun ni aku ada emosi kurang stabil, haha lol. So hadap la dengan gambar-gambar ni semua eh?

Lawatan Genting - Mac 2011

Hoyeahhhh, botak beramai-ramai (Y)

Jejaka Malaya :3

Bengong aku x sempat pakai samping betul-betul xD

Jamuan raya. Hampeh ada ucapan -.-

Perlawanan bola sepak antara kelas final I

Perlawanan bolasepak antara kelas final II

Aktiviti di surau, mwehehe

Mencipta helikopta :D

Err no komen q:

Hari Ko-Q, maka kami hitam semuanya akibat berjemur -.-

Masakk sebelah sungai. Haha sedap aku masak

Briefing dari ustaz.

Lol jenazah bergerak.

Err bukan jenazah sebenar. Harap maklum.

Kay paling best tengok pompuan kena denda haha ^^

Minggu aktiviti. 

Budak kecik baju hijau tu extremely periang bila dia happy hoho

Beliau berbaju merah memang selalu happy haha

Cheerleaders (Y)

All red hot, aha

Girls dalam batch aku. Comel bukan? q:

Err taktau apa diorang buat, haha

Couple Futsal; aku jadi keeper kat belakang haha lol

Penonton Couple Futsal

Rombongan ke Sunway Lagoon ^^v

Hang out dekat Sunway Lagoon time cuti awal. 

Satu-satunya gambar aku time dinner. Really enjoyed this night.

Birthday party time prep, haa sape berani buat? Haha terbaik

Hari Sukan. Aku pelari tau hoho bajet

Aktiviti mingguan; Lepak dekat tangga. Sumpah best gila time nih :')

Kay aku rasa dah cukup lettuw. Memang kenangan terindah tahun ni. Anyways aku nak ucap tahniah kat batch aku sendiri kerana dah tunjukkan prestasi yang cemerlang dalam PMR 2011. Alhamdulillah 88% dapat straight A's :) Yang mana pindah PKP tahun depan janganlah korang lupa kitorang kat sini eh? Aku Insya-Allah tak pindah. Batch Ulul Albab MRSM KKB, korang sentiasa di hati aku :')

By the way, ada something aku dah cakap dengan korang nak share. Apa dia? Rewards untuk PMR aku :) Err bukan nak menunjuk tapi nak share je. Jangan salah anggap eh? ^^v

Dari kiri; BB Curve, Apple iPod Touch and Nokia Cokia

Yes, BlackBerry Curve 8520 and iPod Touch 4G. Yang Nokia sebelah tu untuk kegunaan asrama aku. Kenapa geek macam aku beli model lama? *perasan geek lol Ikut hati nak angkat Nokia E5 or C3 but graphics Symbian tak menarik, lagipun BB Curve ni dah lama dalam senarai wishlist aku. Sokaylah sebab aku pun jarang guna. Errr actually tak reti guna pun. Malas baca user guide, tehehehe peaceeee ^^v Btw thnx a lot to my daddy coz belikan iPod Touch yang memang aku mengidam dari tahun lepas and thnx to my mum too coz belikan BB nih. Umma, Appa, saranghaee ♥

Kay sekian last post untuk 2011, adios ~

Happy New Year guys !

Related Posts with Thumbnails