Malam ni, Cik Pepel sms aku menanyakan adakah aku boleh menjadi tempat dia meluahkan masalahnya? Dan aku jawab,'ya'. Kerana apa aku cakap 'ya'? Seperti semua member-member aku tahu, I am a good listener. SERIOUSLY! Segala masalah-masalah akan aku cuba selesaikan sedaya upaya (ni bukan nak puji or bangga dan jauh sekali nak riak dan promote diri sendiri) settlekan. Kalau betul-betul tak boleh, baru aku cakap,"Sorry, your problems can't be solve right now, please try again next 10 years".
Ahaahahaha.. Takdelah, gurau je. Ni nak cerita sikit la pasal masalah ni (cik pepel, jangan risau, rahsia anda akan kekal rahsia). Beliau (cik pepel), ada menanya aku, aku ni takde masalah ke yang boleh dishare dengan beliau? Aku cakap, takde! Aku takde problem coz homeworks adalah problem aku. Seriously, bagi student macam aku, homeworks are the biggest problem on earth! Takde masalah yang lagi besar dari homeworks. Perghh... Sampai macam tu sekali kan penangan homeworks pada aku??
Ok, tamat di sini pasal 'Masalah'. Nak share masalah dengan aku di bahagian komen ea? Actually, post ni nak cerita pasal keputusan periksa aku yang baru dapat semalam. Keputusan yang diterima agak mengejutkan. Menaik dari periksa lepas tapi agak menurun daripada periksa 2 kali lepas (ada ke macam ni?) Tak pernah-pernah aku dapat 'C' dalam periksa selama aku belajar kat MRSM KKB tu, tiba-tiba pulak Science aku 'C'. Hampeh... Kacau betul la Science ni...
Pointer? Not bad.. Still ok la jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan aku yang lain (woot! bukan riak beb!). Tak berapa nak bagus sangat pun. Lagi sikit je nak dapat 3.50. Haish... Tapi, nasib baik jugak aku nye Seni pass. Kalau tak, kena la mengulang subjek tersebut. Aku dari dulu lagi memang failed kalau bab seni-seni ni. Nasib baik ayah aku seorang pembantu arkitek, pandai juga melukis. Kalau ada projek seni, aku serahkan kat ayah aku then baru submit. Sebab tu la selalu je dapat markah best-best (yeke?? hanya rekaan kot bab markah tu.. xD). Tapi, bila dah masuk asrama, semua kena buat sendiri. Tu yang sampai projek kena koyak (opss!). Pastu kena buat balik, dah hantar yang baru punya, kena reject jugak. Last-last, malas aku nak buat. Tu yang aku dapat 'D' untuk Seni tu (alamak, tercakap).
Tapi aku agak terkilan la dengan result ni. Ya, memang kawan-kawan aku cakap yang result aku ok, not bad dan sebagainya tapi bagi aku, itu (result keyh, bukan pujian) masih belum cukup. Aku mahu lebih lagi walaupun dengan result sekarang aku dah study macam nak pecah kepala tapi dapat jugak 1C. Kalau macam tu, lebih baik aku study sampai pecah kepala, ye tak? Baru dapat result yang aku nak. *sigh~
Apa-apa pun, aku bersyukur dengan result ni. Ini satu permulaan terbaik di MRSM bagi aku. Banyak lagi ujian-ujian/periksa-periksa yang akan aku tempuhi masa di tingkatan dua nanti. Rasanya tak survive aku Form 2 nanti. Hakhakhak... Yela, setiap minggu kuiz, kira-kira 2 bulan sekali Ujian. Nak dekat akhir semester baru final exam. Buka semester baru, tukar kelas. Perghh... Have to used with it.
P/S: Esok ingat nak ajak ayah aku pergi beli tikus. Tak tahan meyh dengan tikus A4 Tech yang kecik tak membesar-besar ni. Kena cari tikus spesis Logitech gak ni. Nak try spesis ni. Dan nak try jugak tikus yang takde ekor. Tapi, apa yang pasti, nak tikus yang lagi besar dari tikus ni.
Thursday, December 10, 2009
MASALAH YANG MENERJAH OTAK
Posted by x-pro96 on Thursday, December 10, 2009
1 comments:
hahaah ! mybe klw aku ade hw byk pn, aku akn tensyen glee kott..
alhamdulillah tader..
gud luck 4 u, next year :D
n psl tikus, hahhaa mcm tikus betul je !
Post a Comment