Assalamualaikum...
Haa.. Wondering tajuk post kali ni??? Amende yang setahun?? Cuba teka??!! Hahaha.. Bukan M305 tu la, baru beli tadi, takkanlah dah setahun??
Actually, yang setahun tu lappy aku :D. Suka tul lappy ni. Patutlah senyum-senyum dari pagi tadi (ah, sudah! baca boleh, percaya, sukati korang la nak percaya ke tak). Ehehhe... Wahai Dell Inspiron 1420, dah setahun dah ko ye? Berapa puluh kali la aku tukar anti-virus semata-mata nak kau happy tanpa virus. Dari AVG (free), ke Kaspersky (free), seterusnya ke Avira (free) sampailah ke Kaspersky (da ada license da, yay~) namun kau masih jugak dengan puluhan ribu Trojan dan Malware dalam badan kau (saat entry ini ditulis, terdapat 27 Trojan (!), 1 virus (!) dan 3 Riskware (!!) dalam lappy ni yang berjaya dijejaki Kaspersky Internet Security (KIS) 2010).
Terkejut?? Aku ada buat beberapa step yang aku rasa boleh menghilangkan virus2 tersebut. Antaranya termasuklah nak format sendiri. Oleh kerana tiada OS untuk di instilasi kan ke dalam lappy ni, maka aku pun pinjam DVD Windows Se7en (Beta) dari kawan aku. So, aku pun terus masukkan kedalam DVD port ni tanpa membuang Windows XP terlebih dahulu. Dan kerana kecuaian aku tulah, unwanted virus tu semua masih ada dalam lappy ni. (Tapi Windows Se7en best sangat!!!) Berikut merupakan screen-shot lappy ni setelah ditukar ke Windows Se7en;
Gempak en?? Hahaha...
Berikut adalah specs asal Dell Insipirasiku ini (eceh!) masa beli;
~Intel Integrated Media Accelerator (ntah btul ntah salah, main hentam je ni)
~Intel Core 2 Duo T5800@2.00Ghz
~FREE DOS (tanya ayah aku kenapa dia belikan FREE DOS punya)
~250GB HDD
~2GB DDR2-SDRAM
~Webcam 2MP
~Ada Bluetooth dengan WiFi :D
~Card Reader (perlu ke tulis?)
Dan berikut adalah specs lappy ni 2 minggu selepas dibeli;
~Intel Integrated Media Accelerator
~Intel Core 2 Duo T5800@2.00Ghz
~WINDOWS XP PROFESSIONAL SP3
~250GB HDD
~2GB DDR-2 SDRAM
~Webcam 2MP
~Bluetooth & WiFi
~Card Reader
~Controlled (mouse) by A4 Tech X6 Mini Glaser Series
Dan berikut adalah specs lappy ni sekarang;
~Intel Integrated Media Accelerator
~Intel Core 2 Duo T5800@2.00Ghz
~WINDOWS SE7EN ULTIMATE (BETA) 32-BIT
~250GB HDD
~2GB DDR-2 SDRAM
~Webcam 2MP
~Bluetooth & WiFi
~Card Reader
~Controlled (mouse) by Logitech Wireless Mouse M305
Ahahahaa.... Itulah lappy aku sekarang, 3 kali bertukar specs (xD). Banyak kenangan dengan lappy ni, dia la tempat aku berblogging, bersosial dan macam-macam lagilah. Banyak betul jasa lappy ni en (banyak ke? ahh... wat pe aku tulis, bia aku sorg je tau)? Sayaaaang sangat dengan Dell Inpirasi 1420 ni... Mintak-mintak lah boleh tahan sampai PMR & SPM. Amiin...
P/S: Perasan tak yang aku selalu (tiap2 mlm) update blog? Entahlah kenapa, setiap malam ada je idea dan semangat nak berblogging tu. Bila siang, takde pulak.
UPDATED: Tikus yang aku baru beli tu sangat cool! Kalau korang pengguna tikus Logitech, mesti korang tau apa. Tikus ni siap ada Set Point dia sendiri wish is korang boleh set kan setiap butang yang ada kat tikus ni. Siap ada battery indicator sekalik tuh! Cool!!
Sunday, December 13, 2009
Sudah Setahun...
Posted by x-pro96 on Sunday, December 13, 2009
2 comments:
ehh, apesal awak guna Windows 7 Beta?
kan Windows 7 dah keluar, beli jew yang ori :)
tyme tu x tahu menahu psl Beta ke x, maen pinjam je:D.. lps dpt tahu kat Internet, baru nyesal pinjam kat die :'( nk bli yg ori?? mahal lorh :) bli yg pirate suda...:D
Post a Comment