Assalamualaikum...
Korang pernah dengar tak pasal Chromium OS a.k.a Din Jejaka Jambu Google Chrome OS? Tak pernah dengar? Kuno betullah korang ni.. Hahaha.. Bukan apa, tak pernah aku buat tutorial kat blog aku ni, jadi kat sini aku nak sharelah apa yang aku tahu la. Sharing is caring, right? So, meh kita start kita nye tuto dengan Bismillah dan tekan 'Read More'...
First of all, apa yang korang perlu ada untuk menguji Chromium OS ni adalah VirtualBox. Klik sini untuk download VirtualBox. Lepas dah download, download pulak lagi satu fail iaitu mirror untuk Chromium OS. Klik sini untuk download mirror tersebut. Untuk mendownload mirror tersebut, korang kena sign up akaun gdgt (bagi yang takde akaun gdgt). Sape yang dah ada akaun kat gdgt, just sign in je la.
OK, lepas korang dah download kedua-dua fail tersebut, pilih setup VirtualBox dan install macam korang install software lain.
Lepas tu, extract pula fail .vmdk (mirror Chromium OS tu la)
Lepas dah extract, open VirtualBox yang korang dah install tadi. Pastu, tekan 'New'. Rujuk gambar kat bawah kalau tak faham.
Dan bila korang dah tekan 'New' tu, maka akan keluar la satu window macam kat bawah ni;
Klik 'Next' dan akan keluar macam ni;
Isi nama yang korang nak namakan bagi Chromium OS tu kat bahagian 'Name' tu. Pilih jenis Windows korang, kemudian klik 'Next'. Seterusnya, akan keluar macam ni pulak;
Kat sini, korang leh tetapkan saiz memory yang korang nak gunakan untuk Chromium OS tu ataupun boleh pilih yang saiz memory yang diorang cadangkan. And then klik 'Next'. Dia keluar yang ni pulak;
Pilih 'Use existing hard disk' dan tekan gambar fail kecik tu which it means that 'browse'. Kat sini korang tekan 'Add', pilih fail Chrome OS.vmdk (mirror yang korang da extract tadi) dan tekan 'Open'. Daj setel yang ni, tekan 'Select'. (Tiada rajah disediakan, harap maaf, tak sempat tadi) Then, korang klik 'Next' dan tekan 'Finish';
Yeahh.. Korang dah berjaya dah. Maka Bila korang bukak apps VirtualBox tu, dia akan jadi macam ni;
Kalau korang nak run kan Chrome OS tu, tekan 'Start'. And dia akan keluar macam ni;
Isi bahagian 'username' tu dengan 'chronos@gmail.com' dan bahagian 'password' tu, tulis 'password'. So, inilah rupa dalaman Chromium OS ni;
So, korang bolehlah view sana, view sini function-function yang ada dalam Chromium OS;
Dan bila korang dah puas menjelajah sekitar Chromium OS tu, mesti korang nak tutup kan?? Macam mana nak tutup?? Pergi dekat 'Machine', pilih 'Close';
Pilih 'Power off the machine', maka, selesailah penjelajahan anda di Chromium OS.
Fuuhh.. Penat gak wat tutorial ni... Banyak betul pics yang aku guna. Letih nak nunggu upload. Neway, moga apa yang aku share dengan korang kali ni membawa manfaat eh?? Ahahaha... (Benda ni ada manfaat ke??)
P/S:Aku jumpa 'niche' yang sesuai untuk Hyppo World, iaitu blog kedua aku. Aku jadikan blog tu sebagai live blog aku memandangkan aku tak tahu nak buat 'niche' apa kat blog tu. So, lepas ni, kalau korang nak ushar live blogging aku, just tekan 'Live Blog' kat header blog ni.
2 comments:
Kurang menarik.. Windows tetap dihati.. Wakakakaka..
agak kurang menarik, mcm kite duk bkk google chrome 24 jam...
Post a Comment