Sunday, May 2, 2010

Sepintas Lalu

Assalamualaikum...


Hanya entri sepintas lalu memandangkan aku tak sempat nak update. Baru-baru ni aku dikejutkan dengan pemergian pak long aku ke rahmatullah kerana penyakit angin ahmar/strok. Aku dapat berita tu time dalam bilik baring-baring (kat hostel) (tak turun riadah coz ujan). Aku on phone then ade sms dari ayah aku.



"Esok lepas Jumaat siap2 blk kg,, pak long meninggal"

Aku terpaku jap. Pastu terus ucap Inalillah. Tak disangka-sangka pemergian pak long aku tu walaupun dia memang ada banyak penyakit. Tapi apakan daya aku, tu semua qada' dan qadar Allah s.w.t. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu menerima apa yang telah Dia tetap kan untuk kita.


Tapi aku sedih jugak dengar cerita ni. Sedare aku ni baru lepas lulus ujian memandu dan dalam hari yang sama gak bapak dia (pak long aku) pergi. Esoknya (semalam) cek keputusan IPTA/IPTS, dia dapat pergi UiTM (tatau kat ne) dalam course ape ntah. Aku tak ingat. Hmm.. Memang segala-gala yang berlaku tu ada hikmah disebaliknya.

OKla,, hanya entri sepintas lalu je. Tak sempat nak update panjang-panjang. Kesuntukan masa. Pagi ni baru sampai rumah, petang karang dah nak balik maktab. Kaylah, chiao~

Wassalam~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails