Assalamualaikum
Da berabad rasanya aku tak update pasal gajet. Yeah, kali ni aku nak cerita pasal produk Apple, iPod. Mungkin aku agak ketinggalan sebab baru nak buat review pasal Apple iPod ni walaupun Apple dah launch bulan lepas rasanya. Dan ya, sebagai “Apple Fanboy” (walaupun aku tade langsung gajet Apple), maka HARUS aku buat review ni gak. Hahaha…
*klik tajuk untuk meneruskan pembacaan*
iPod Touch
Ni high-end iPod. iPod paling diidam-idamkan oleh segenap lapisan masyarakat (ok, lebat sikit). Design sebijik macam iPhone 4, tapi bahagian belakangnya dikekalkan, yakni sama macam model terdahulu tetapi dengan penambahan kamera untuk HD Video Recording (Apple tak bagitau berapa MP).
Dan kini, iPod Touch disertakan dengan kamera hadapan untuk FaceTime . iPod Touch juga boleh dikatakan sebagai alternatif kepada sesiapa yang tidak mampu untuk memiliki iPhone 4 (boleh ke macam ni?). Tempat earpiece pada iPhone 4 digantikan dengan kamera untuk FaceTime.
Apa itu FaceTime? FaceTime tu macam video call tapi ianya khas untuk produk Apple sahaja. Tidak seperti video call biasa yang memerlukan talian 3G, FaceTime memerlukan WiFi untuk berhubung. Maknanya, FaceTime ni free la tapi khas untuk produk Apple sahaja (MacBook pun ade gak kan FaceTime ni?), korang nak video call sampai tahun depan pun boleh.
iPod Touch kini didatangkan dengan iOS 4.2. Yeah! Sebijik macam OS iPhone4. Dan satu yang buat aku teruja dengan iPod Touch ni, display dia pun macam iPhone4, Retina Display! Seperti korang sedia maklum, Retina Display ni display yang sangat-sangat clean&clear.
Ouh, lupa nak cakap. iPod Touch juga memakai processor yang sama seperti yang terdapat dalam iPhone4 dan iPad, processor Apple A4. iPod Touch boleh didapati dengan kapasiti 8GB, 16GB dan 32GB. Harga bagi 8GB, RM829.00, 16GB RM1079.00 dan 32GB RM1399.00.
iPod Nano
Dulu macam besar lah gak en? Tak sesuai dengan nama “Nano” tu. Tapi Apple design balik dan hasilnya;
Apa yang baru? Multi-touch screen, Genius mixes (bikin playlist), FM radio, fungsi “shake” macam phone SE Walkman dan bateri yang tahan lama sehingga 24 jam dengar lagu tanpa henti! Kali ni memang betul-betul Nano lah! Bahagian belakang Nano ni disediakn dengan klip seperti model iPod Shuffle 3rd generation. Didatangkan dengan kapasiti 8GB dan 16GB. Boleh didapati pada harga RM549.00 bagi model 8GB dan RM679.00 bagi model 16GB.
iPod Shuffle
iPod Shuffle adalah iPod mampu milik dengan harga yang murah (RM179.00) tetapi dengan satu pilihan sahaja, 2GB, tak macam Shuffle generasi terdahulu yang didatangkan dengan 2 pilihan, 2GB atau 4GB.
Function baru? Multiple playlist. Itu je. VoiceOver yang ada dalam Shuffle ni pun diambil daripada Shuffle yang terdahulu. Dan kali ini Shuffle didatangkan dengan butang! Hahaha… Sangat besar butang dia
Tu je lah review aku kali ni. Ya! Aku mengaku yang aku “budak lelaki kipas” Apple tetapi takde barang Apple
Jadi, antara 3 iPod ni, mana satu pilihan aku? Jawapan;
1) iPod Touch
Tapi tade duitlah . Hanya idaman semata-mata.
2) iPod Shuffle
Kalau murah rezeki, dalam masa terdekat ni Insya Allah aku nak grab satu. Murah, cute dan kapasiti yang besar (bagi aku 2GB da cukup besar). Paling penting, style! Haha..
Sekian untuk kali ini, Wassalam~
Monday, November 29, 2010
iPod !
Posted by x-pro96 on Monday, November 29, 2010
0 comments:
Post a Comment