Assalamualaikum,
Digital Lifestyle Expo? Best ke? Seronok? Banyak diskaun? Barang murah-murah tak? Huh, semua jawapan kepada soalan kat atas adalah TAKKKK!! Tiada diskaun, tiada lelong-lelong dan tiada barang murah-murah. Semua booth branded je. Hampeh!
Tapi nampak tersusun sikit la, dibahagikan mengikut kategori-kategori seperti multimedia devices, ICT, games dan computers. Walaupun nampak tersusun, tapi memang menyusahkan pengunjung (pihak PIKOM tolong ambil perhatian) yang dah terbiasa dengan style PC Fair yang ‘bersepah’.
*sila klik tajuk untuk meneruskan pembacaan (alternatif: tekan Ctrl+A dan pilih ‘Read More’)*
Actually, aku pergi situ nak cari benda idaman akulah, apa lagi, iPod Shuffle lah. Boleh pulak EpiCentre Apple tak jual iPod. Diorang jual iPad, iPod Touch, iPhone, MacBook Pro ngan iMac jew. Haih…
Last-last, aku, kezen aku, mama n ayah aku gi KLCC pulak. Aku ajak gi Machines. But kezen aku nak cari bantal ape ntah, kitorang pergi dulu Parkson. Cek-cek ada pulak jual Crocs, tengok jenis Crocs aku RM99, padahal aku beli RM70 jew (ori tau! bkn fake ==). Haha… Rugi mereka, wakakaka
Then, setelah dapat tak dapat benda yang dicari, kitorang ke ‘booth’ info. Cari outlet Machines, then gerak! Sampai-sampai je sana, penuh orang yang mengusha iPad (apsal la diorang ni ta usha dekat DLE je –‘ wat semak jew) . Masuk, usha dalam almari berkaca, wahhhh… Aku tak pandang mana-mana dah, straight to the Shuffle . Bersinar-sinar mata aku.
Then ayah aku gi panggil promoter tu la. Bole pulak dye tak dapat bezakan Shuffle ngan Nano. Dia kata Shuffle tu Nano. Then pening sendiri ==’ At last, setelah dia dapat ‘mengenal pasti’ Shuffle yang mana satu, Dia cakap, “RM179”. Ayah aku tanya, “nak ke? Ayah takde duit”. Aku balas, “Takpe, Amie ada duit”. Then promoter uh bawak aku gi cashier dan aku bayar. Maka, secara rasminya iPod Shuffle dah menjadi milik aku! Hahaha…
So, kita check-it-out apa yang ada dalam kotak kecil iPod Shuffle melalu gambar-gambar unboxing aku ni:
Monday, December 13, 2010
What’s new huh ?
Posted by x-pro96 on Monday, December 13, 2010
Shuffle yang ‘melekat’ dekat fiber.
Satu je Apple sticker dia bagi –‘
Jadi tu je la yang ada dalam kotak kecil Shuffle. Sampai sekarang aku teruja dowh. Bhahhaha… Bukan senang nak dapat ni. Yelah, sorang junior aku uh senang-senang je dapat iPod Touch, aku nak dapat Shuffle ni pun bersusah payah. Penat-penat aku kumpul duit, bila dah beli, kedengaran suara sumbang, “Kaya en?'”. Bajet kalau korang kumpul duit takkan cecah RM179 je –,-‘ MALAS aku nak layan dengan orang yang cakap lepas mungkin? Atau patut kita panggil diorang takde otak? Entahlah, taktau nak cakap apa. Ni boleh jadi perang besar ni kalau “DIA” baca. Biarlah, biar dia tau sikit yang statement dia tu buat aku sakit hati.
Kesimpulannya, inilah hasil ‘sikit-sikit lama-lama jadi bukit’ walaupun benda ni tak sebesar bukit.
P/S: Sebelum aku terlupa, hari ni (13 Disember) adalah ulang tahun laptop aku yang kedua!! Yay! Dah 2 tahun dia berkhidmat untuk aku. Alhamdulillah, moga berkekalan hingga tahun yang ketiga ye sayang?
0 comments:
Post a Comment