Assalamualaikum…
Life kat rumah. Aku tak tahu nak cakap apa. Sometimes rasa seronok kat rumah, sometimes bosan, bengang, tension kat rumah. Yeah, seperti yang korang sedia maklum, tahun ni aku akan menduduki PMR. Memang kalau nak diikutkan aku kena pegang buku sepanjang masa =..= tapi bila kat rumah, duk depan lappy je lah. Pandang buku pun buku wat muka kesian mintak bukak, tapi jangan harap lah kan aku nak bukak buku tu.
Tapi kadang-kadang, bila dah bosan sangat dan lepas kena bebel taktau nak buat apa, barulah aku bukak buku tu. Paling lama kat rumah aku baca buku dalam sejam lah kot. Pastu menghadap lappy balik. Memang most of the time kat rumah aku akan menghadap lappy je. Kalau teringat baru aku buat research pasal Kerja Kursus Sejarah (KKS) dan Geografi (KKG). Selalunya sekali aku bukak Opera, aku akan bukak 3 website ni dulu; FaceBook, Twitter dan Blogger. Walaupun lepas 3-4 jam, 3-3 website ni aku takkan tutup melainkan kalau dah sampai masa nak shut down lappy.
Oleh kerana aku ni peminat Apple, selalu jugak aku cari tutorial nak masukkan Macintosh dalam lappy aku ni. Tapi tutorial yang aku jumpa kadang rumit, dan fail-fail atau program-program yang diperlukan berat. Kalau nak download kena tunggu berjam-jam lah. Sampailah aku jumpa Mac OS X Lion Skin for Seven. Aku pun download, dan install. Hasilnya:
Memang aku puas hati tapi sebab apa entah, sound driver lak tak boleh pakai. Dah kena uninstall balik Last-last jumpa lak wallpaper Apple, apa lagi, download! Ada 4 wallpaper aku download dan aku set kan wallpaper desktop aku kepada slideshow nye.
Begitulah rupa desktop aku sekarang. Dah takde gambar KLCC lagi. Haha.. Nilah hasil kerja aku kalau kat rumah. Memang dah takde benda lain nak buat walaupun kerja banyak =.= Dan sesungguhnya aku bersyukur kepada Allah kerana walaupun aku menghadap lappy dan mata aku memandang skrin lappy selama lebih dari 6 jam sehari waktu cuti sekolah, aku tak rabun lagi. Alhamdulillah, moga-moga Allah kekalkan nikmat yang aku dapat ni. Amiin…
P/S: Sebenarnya aku tulis post ni saja nak tunjuk desktop baru :P
Sunday, April 3, 2011
Kalau kat rumah …
Posted by x-pro96 on Sunday, April 03, 2011
0 comments:
Post a Comment