Wednesday, November 25, 2009

JUMAAT YANG INDAH~

Assalamualaikum....

Hari ni aku bangun awal coz nak ikut bapak aku gi anta mak aku kerja. Lepas anta mak aku, bapak aku bawak pergi KLCC for breakfast. Makan McDonald. Second Time eat McD for breakfast. Once, pernah juga aku dengan bapak aku gak pergi sarapan kat McD KLCC. Tahun lepas kalo x silap aku.




Lepas makan, kitorang pergi concourse level, beli surat khabar kat My News dot Com. Bapak aku beli The Star, aku pulak pergi pusing-pusing kat situ cari komik yang best-best. Finally, aku jumpe komik Lawak Kampus yang terbaru, Lawak Kampus Teamwork. Tanpa fikir panjang (ceh!), aku ambik dan pergi bayar.



First time beli buku ni. Before this, aku pinjam kawan aku punya je... Lepas beli, bapak aku ajak pergi taman kat KLCC tu. Bapak aku baca surat khabar, aku baca LK. Hahahaha... Best gak LK ni. Sebelum ni bukannye tak best, tapi yang ni lagi best sebab aku sendiri yang beli (walaupun pakai duit bapak aku:D).

Hurm... Jumaat ni, ada jugak sekolah buat rombongan pergi KLCC. Bukan sekolah je, tapi ada rombongan Cik Kiah dari Utara (kot? sebab style macam orang utara) buat lawatan pergi KLCC jugak. Aik?? Rumah hang kena bah, hang wat tak tau aja. Sedang aku best-best layan Sausage McMuffin aku dengan Milo panas, aku ternampak dekat dengan kolam tu, ada sepasang suami isteri yang dah lanjut gak arr umurnya, berdiri rapat-rapat berlatarbelakangkan KLCC tu. Aku dok perhati je, rupa-rupanya anak diorang tangkap gambar diorang. Hmmff... Dah tua-tua pun nak bergambar (sukati diorang la, yang aku sibuk apsal?).

Dah lama tak pergi KL, aku macam rusa masuk kampung. Even sinki KLCC tu pun aku tak reti guna. Kisahnya macam ni, aku follow bapak aku pergi toilet, aku pun join la sekali. Bila da habis tunaikan hajat, aku nak basuh tangan. Aku ingatkan sensor nye sinki. Aku taruk tangan kat bawah paip tu, tapi air x keluar pun. Aku tekan batang paip tu, ketat. Aku pusing, tak keluar. Time aku pusing tu la ada sorang pak cik ni tegur aku, "Tekan dik,". Aku pun tekanlah. Barulah air tu keluar. Bapak segan aku. Punyalah lama tak pergi jamban KLCC. Tapi rasanya, dulu lain en? Ni diorang da tukar baru kot?

Tapi, hari tu aku masuk KLCC pakai pakaian yang paling sempoi. Baju T kolar kaler hijau, seluar track dengan selipar. Heh... Rilek je... Rombongan Cik Kiah yang pakai smart-smart tu tengok je aku pakai pakaian macam tu. Mesti diorang ingat aku ni tak reti nak berfesyen. Hey, come on la, aku pergi KLCC tu tak dirancang keyh? Asalnya bapak cadang nak bawak aku sarapan kat Wangsa Maju. Dekat gerai bawah pokok yang jual nasi lemak tu. Fuhh... Dah lame tak pekena dia punya nasi lemak dengan ayam goreng tu. Sedap beb, wa cakap lu! Sedap sehingga menjilat jari kaki kawan kau sebab jari kau semua da habis kena jilat.. Hahahha...

OK la, dah penat aku menaip nih. So, macam biasa;

WASSALAM and CHIAO~~

3 comments:

Anonymous said...

boikot mcD!!!

♥[tahirah]♥ said...

wakakaa manade tuka? mmg tekan pon kan? hahhahaa
bytheway, lawa gak co.cc neh

x-pro96 said...

@perl; mmg tekan ek? ntah... aku pun lupe

@kak yang; erk?? lupe lak.. ehehehe

Related Posts with Thumbnails