Assalamualaikum...
Huh... Hari ni tiba-tiba pulak aku bangun awal. Bukan selalu bangun awal macam ni kecuali kalau dekat asrama la. Selalunya lepas semayang subuh, aku tidur balik, tapi tadi lepas mak aku suruh sidai kain, terus tak boleh tidur.
Malam tadi aku sempat la chattin' dengan seorang kawan lama. Dia minta cadangan aku, henpon mana lagi best, Nokia ataupun Sony Ericsson? Aku sebagai pengguna dan peminat tegar Sony Ericsson, memang la aku cakap SE yang terbaik sedangkan member tu peminat tegar Nokia. Hahaha... Sambil kitorang chat tu, aku ngan dia ada la usyar-usyar phone mana yang sesuai dengan bajet dia (harga below RM500, kamera 2MP & slide). Masa tu aku terus teringatkan K550i aku. Harga sekarang RM400++ dah boleh dapat, sedangkan member aku beli K550i second hand RM300++. Aku terus cadangkan K550i aku, tapi baru aku teringat yang dia nak SLIDE. Ahahaha... Mengong seyh~
Akhirnya, perbualan pasal phone bertukar pulak jadi kenangan sekolah dulu. Aku pun tergelak juga bila ingatkan mende tu. Cikgu kelas aku tahun lepas, time hari last sekolah, dia sempat cakap kat aku,"Hilmi, saya nak dapat apa yang awak dapat untuk 5A, tau." Aku serba salah, takkan aku nak belikan cikgu tu K550i gak sebab phone aku tu pun duit mak aku, bapak aku yang belikan. So, untuk menyedapkan hati, aku cakap,"Tahun depan cikgu, nanti saya pass kat makcik saya suruh bagi kat cikgu". Makcik aku pun cikgu gak kat sekolah aku tu. Ingatkan cikgu dah lupa, rupa-rupanya cikgu masih ingat lagi. Hari raya hari tu, aku ada terjumpa cikgu, cikgu sengaja perli aku,"Ada orang tu janji nak belikan saya phone, sampai sekarang saya pakai phone lama saya tu. Speaker pun dah tak berbunyi". Sekali lagi aku serba salah. Aku cakap kat cikgu,"Nanti cikgu, akhir tahun saya nanti saya beli untuk cikgu." Cikgu senyum je tengok aku.
Fuh... Semalam jugak, PC bapak aku rosak. Dianya power suply tu yang rosak. Dah la mahal. Bapak aku bawak pergi office dia, suruh kawan dia check. Memang sah lah dianya power supply rosak. Bapak aku pun pergi la beli baru, RM80 kot. Lepas beli, bapak aku pasang sendiri kat rumah. Ni kali kedua PC bapak aku buat hal. Tahun lepas, kena sambar petir. Motherboard sekali rosak. Repair2 semua, tukar processor, graphic card, tukar motherboard dengan power supply tu sekali la. Semua sekali RM600++. Murah gila! Bapak aku dulu beli PC tu RM1900++. Spec ok la, bila tukar-tukar ni, lagi power dari spec asal. Hahaha.. Yela, bapak aku beli zaman 2-3 tahun lepas, repair tahun lepas.
OKla... Da sampai masanya aku mengundurkan diri. Chiao~
UPDATED:Terlupa pulak esok raya haji :D. So, di kesempatan ni aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua pembaca Peri Hyppo (ada ke pembaca blog nih?). Salam takziah juga diucapkan kepada semua lembu-lembu, kambing-kambing dan unta-unta seluruh Malaysia atas peninggalan anda pada hari Jumaat dan Sabtu ini. Choi~
Thursday, November 26, 2009
Al-Kisah~
Posted by x-pro96 on Thursday, November 26, 2009
2 comments:
terase lain bile dibahasekan kawan lama xDD.
huahuahua... saje je wat mcm tu xD
Post a Comment