Sunday, November 29, 2009

Hari Raye~

Assalamualaikum...

Hari Jumaat yang lepas, semua Warga 1 Malaysia (yang Islam je, ok?) menyambut Hari Raya Aidil Adha ataupun lebih dikenali sebagai Hari Raya Qurban/Haji. Tahun ini aku menyambut raya ni dekat rumah je. Tak balik kampung pun sebab pak cik aku buat qurban nazar untuk anak dia. Rancangan asal family aku memang untuk balik kampung pun Raya Haji ni tapi takpelah, tahun lepas dah raya kat sana, tahun ni raya kat sini pulak.

Aku bangun pagi tu dalam pukul 6.50 (kot) dan lepas sembahyang subuh, terus mandi. Aku sembahyang raya dekat Masjid Bandar Utama Batang Kali. Lepas sembahyang, terus aku siap-siap nak pergi rumah pak cik aku yang terletak kira-kira 7-10km dari rumah aku.

Sampai dekat surau taman perumahan pak cik aku tu, aku terus masuk ke perkarangan surau nak tengok lembu tu. Kesian pak cik aku, lepas dia tolong orang surau tolak lembu, dia undur ke belakang dan terpijak tahi lembu yang s***. Huahuahua... Berikut adalh gambar adik sedara aku (anak pak cik aku yang buat qurban tu).

Ingat lagi tak post aku pasal pak cik aku dapat anak sulong dia tu? Tak ingat atau tak tau? Sila baca post itu disini. Gambar kat bawah ni pulak adalah gambar lembu yang telah disembelih. Nilah lembu pak cik aku (punya anak :D).

OK, itu saja untuk kali ni. Sekian, wassalam~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails