Assalamualaikum...
Perghh.. Malam ni aku ingat nak main-main sambil belajar dengan Photoshop (aku ni bukan reti sangat edit-mengedit gambar2 ni.. tu yang pic2 dalam blog ni just simple je edit nye en?) ni since aku da bosan online Myspace, Facebook dan sebagainya. Nak dijadikan cerita...
Aku pun pilih la satu gambar yang aku nak edit. Then, aku try la tambah-tambah words sikit-sikit macam yang selalu aku buat tu. Pastu, ingat nak condongkanlah senget sikit. Cari punya cari sampai terpaksa berjumpa Pak Cik Google (nak cari tutorial), aku pun give-up nak try menerai ni (huh, teruknye aku!).
Yup, memang aku ni buta seni edit gambar (bukan seni fotografi ek kerna hasil tangkapan gambarku memang macam DSLR walaupun hanyalah Cyber-Shot 2MP (ceh!perasan tol mamat nih!)) dan kerana itulah aku nak cari photo editor software yang paling mudah. Member aku cakap Photoscape simple dan mudah (sama la kan?), jadi cari la download link dia. Jumpa juga akhirnya. Aku pun tekan la butang "Download Now', then, download tak keluar-keluar. Tekan banyak kali, last-last terfikir nak buat SpeedTest sebab diorang nak sediakan download link tu, lambat gila! Dan berikut adalah result SpeedTest tersebut:
Actually, gambar kat atas ni adalah hasil cubaan yang keempat. Yang first nye lagilah heart attack. Speed dia sampai 50.00++mbps! Gilo ko apo? (dalam hati la) Pastu try lagi, slow pulak! Then try lagi, tinggi pulak. Then try lagi, hasilnye seperti di atas^^. Kalau nak tengok hasil ketiga, ni ha;
Fuh.. Gila kentang! Tapi loading page macam biasa je. Kadang-kadang lagi lambat! Huh~~
P/S: Tadi pergi Wangsa Walk Mall (WWM), nak usyar tikus wireless kat situ, tengok-tengok harga die berlipat kali ganda dari Low Yat punya! Tikus Bluetooth yang harga RM155 kat Low Yat, kat sini ditibainya RM259! Gilalah! Tikus wireless biasa pun RM100++ padahal kat Low Yat RM50++ boleh dapat Logitech punya. Untung gila khinzir la diorang ni!
Friday, December 11, 2009
SPEED TEST TENGAH MALAM BUTA
Posted by x-pro96 on Friday, December 11, 2009
1 comments:
Heyy, thanks 4 follow my blog yaa!
Hohoho, awak teringatkan saya masa kecik2 dulu, suka sangat dengan komputer.
Okay2, boleh tak saya beri komen sikit pasal blog ni?
Hmm, kalau baik, apa salahnya, kan kan? :D
Firstly, awak letaklah cbox kat blog awak tu. Dengan cbox ni, pengunjung blog awak dapat memberikan pandangan atas apa yang awak post pada blog awak dengan lebih mudah.
Yang kedua pula, gambar penguin kat tepi blog awak ni, amat menyukarkan pembaca blog awak membaca kandungan post dalam blog awak.
Dan yang terakhir pula, awak nak dapat duit lebih kan? Kalau nak, awak perlu setia pada yang satu.
Apa yang awak perlu buat sekarang ni, pilihlah salah satu ads provider yang awak rasakan benar-benar bagus dan menguntungkan. Bagi saya, Nuffnang lebih memberikan keuntungan berbanding Adverlets. Dengan meletakkan ads dari satu provider sahaja, pendapatan dari iklan awak itu akan meningkat lebih banyak lagi.
Tapi tidak mengapa, kita kan still belajar lagi, apa yang silap boleh diperbetulkan, kan kan? :D
http://arib2020.blogspot.com
Post a Comment