Assalamualaikum
*Post sebelum blah dari rumah. memandangkan aku dah tukar layout baru, tiada butang ‘Read More’ disediakan. Jadi, untuk meneruskan pembacaan, sila klik tajuk post
ELM! ELM! Pe kena dengan aku ni? Sawan ke apa? Hahaha… Actually, sekarang ni aku tengah sangap tergila-gilakan Sony Ericsson Elm. Mula-mula memanglah tak suka coz designnya yang ‘agak pelik’. Lepas tu bila kelmarin (kot) ziarah kejap website SE, saja filter phone by WiFi. Sekali tengok-tengok, Elm ni pun tergolong sekali.
Aku pun agak terkujat jugaklah. Aku usyar specs dia kat website tu. Try compare dengan XPeria X10 Mini kot, Elm ni lagi banyak menang! Aku terkejutlah! Harga dia pun lagi murah dari XPeria X10 Mini. Maybe XPeria X10 Mini mahal coz ber-OS-kan Android. Tetapi Elm ni berplatformkan Propertiary.
Elm ni gak diperbuat dari plastik. Salah satu phone yang tergolong dalam kategori SE GreenHeart. So, agak mesra alam. Tapi, satu je yang aku tak berapa minat dengan Elm ni. Design dia. Agak pelik. Menurut SE, bahagian belakang Elm di-curve-kan sikit untuk keselesaan manusia yang memegangnya.
Walaupun design dia kureng, specs dia tinggi wooo! Ada WiFi, kamera 5MP dengan flash, smile detection, geo tagging, aGPS, Google Maps, FaceBook apps, Twitter widget, noise shield dan accelerometer (auto-rotate). Hebatkannnnnn?

Harga? Berdasaarkan research yang telah aku buat kat Mobile88, ada sorang tu dia komen dia beli dengan harga RM650. Pergh!! Agak murahlah, tak sampai seribu pun! Dengan RM600++ korang boleh dapat kamera 5MP dengan flash, Google Maps, aGPS dan macam-macam lagilah! Cool! Bravo Sony Ericsson!
Hoh, setelah bersusah payah aku menaip, maka telah sampailah masanya untuk aku mengundurkan diri. Maka, dengan itu, Wassalam and chiao~
P/S: To all students, welcome back to school!




4 comments:
dah ade BB tu cukup-cukup lah weh
BB? oh yg itu xD haha.. biaselahhh,, nafsu manusia mane pernah puas xP
lawa tu memglah lawa..tapi tak boleh melawan iphone4.haha..iphone4 memang unggul...dah lama berangan termimpi2 iphone4
Terbaru : Dilemma Wanita Gorjes
thank you for such lovely post...keep up such nice work ...
Post a Comment