* Entri sedih dan kecewa
Assalamualaikum...
Hari ni aku nak menyampaikan rasa ketidakpuas hati aku. Aku memang kecewa dan sedih apabila sejumlah RM50++ duit aku telah dilaburkan kepada Sonic Gear dalam masa lebih kurang 3 bulan. Tak aku nafikan, kualiti bunyi dan 'Bass' yang ditawarkan Sonic Gear pada barisan produk-produknya memang superb (tu mmg aku taleh nafikan lagi)!
Tapi sayang, kualiti pembuatan takde. Aku dah beli dua earphone Sonic Gear, satu Spark Plug, satu lagi iPlug. Dua-dua bunyi memang best! Tapi, pakai kurang sebulan, dah jahanam. Aku tak taruk gambar kejahanaman earphone aku dalam blog ni coz kecewa sangat sampai malas nak ambik gambar.
Spark Plug
Spark Plug, aku pakai dalam 3 minggu, jahanam! Tapi, kualiti bunyi dan 'bass' dia memang best! Terbaik! Tapi, kalau dah 3 minggu pakai jahanam, takkan nak tiap-tiap bulan beli earphone kot en? Kekecewaan pertama aku.
iPlug 1
iPlug 1. Kekecewaan bersama brand Sonic Gear kedua. Pakai seminggu jahanam! Yang ni sound kualiti dia lagi sedap dari Spark Plug. Tapi plug belah kiri je la yang jahanam. Belah kanan elok lagi. Aku pakai je selagi belum 100% jahanam macam Spark Plug. Kalau tak sebab bunyi dia best, dah lama la aku ucapkan 'Bubye' kat iPlug 1 ni.
Tapi, one thing la yang aku suka kat Sonic Gear ni, hampir semua 3.5mm jack dia gold-plated. Tu je yang aku suka.
Ok la, cukup semua ni sebagai post pembukaan bulan Julai 2010. Aku nak layan kekecewaan melampau ni. Bubye!
P/S: Tiba-tiba lak iTunes wat hal. Suruh reinstall balik. Nyesal buang setup dia. Dah la website Apple lambat tul loading. -.-
UPDATED: Aku baru lepas beli speaker Sonic Gear 2GoNoW!.. Yang ni aku kasi can la kat Sonic Gear coz aku mmg dah lama ngidam speaker ni xD Kita tengok berapa lama speaker ni boleh tahan.
UPDATED: Aku baru lepas beli speaker Sonic Gear 2GoNoW!.. Yang ni aku kasi can la kat Sonic Gear coz aku mmg dah lama ngidam speaker ni xD Kita tengok berapa lama speaker ni boleh tahan.
2GoNoW!
0 comments:
Post a Comment