Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan datang lagi

Assalamualaikum..

Ramadhan datang lagi, kali ni membawa sedikit perasaan hampa. Mana taknya, tahun ni aku terpaksa berpuasa dalam keadaan yang tidak sihat, iaitu demam. Tapi, itu semua sudah ketentuan-Nya, dan aku tidak berkuasa untuk melawan, redha jelah.

Bukan aku mempersoalkan kekuasaan-Nya, tapi aku hanya sedikit terkilan untuk meraikan 1 Ramadhan dalam keadaan yang kurang sihat. Tetapi, sesungguhnya aku sangat bersyukur kepada-Nya kerana berpeluang untuk meraikan awal Ramadhan bersama ibu dan bapaku, tidak seperti rakan-rakanku yang menyambut awal Ramadhan di maktab. Mwahahaha….

bulan




Kisah bermula dari Khamis minggu lepas dimana aku tetiba rasa tak sedap badan. Aku dah agak dah yang aku demam,pastu terus pegi koop beli Panadol, petang tugak aku makan and trus tidur sampai 6.30. Dah lega, esoknya (Jumaat), time tengah hari tu tetibe rasa pening balik. Aku agak demamnya datang balik. Betul tekaan aku. Tapi Sabtu OK balik.

Hari Sabtu tu aku siap boleh outing dengan parents aku gi Taman Melati, makan McD tanpa rasa apa-apa pun! Sihat je… Then, Isnin  tengah hari rasa tak sedap badan balik. Telan Panadol, OK. Selasa datang balik, fed-up aku, terus gi Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB). Cek punya cek, doktor kate tekak dah bengkak, suhu 39C. Terus dapat MC 2 hari.

Tapi yang aku herannya, dah kata tekak aku bengkak, tapi bagi antibiotik besar satu ruas jari kelingking tangan aku –.-' Pelik betul! Malam tu, lepas parents aku datang bawak aku balik, pergi kat satu klinik swasta kat pekan KKB uh, cek-cek, dia pon cakap benda yang sama dengan doktor kat HKKB tuh, cuma dia bagi antibiotik yang kecik sikit. Pastu dapat MC 2 hari lagi! Yay!! Means that aku terus jelah sambung cuti sampai Ahad. Wahahahaha…. Best betul!

DSC00138 Ubat-ubat yang aku kena telan =.=

See? Banyak tak ubat aku?  Huh… Dah la sakit tekak, kena telan lak ubat-ubat ni, perit tekak aku =( Tapi, apa boleh buat? Nak sihatnye pasal, tahan jelah….

OKlah, aku nak rest jap. penat wooo taip-taip ni =P Org sakit perlukan rehat secukupnya =D

Bubye!

2 comments:

Hamdi said...

salam ramadan dan selamat berpuasa

♥[tahirah]♥ said...

selamat berpuasa..

Related Posts with Thumbnails