Saturday, September 18, 2010

Diari Syawalku

Assalamualaikum…

Da lama tak update. Seminggu lebih kot, semuanya sebab kehilangan mood gara-gara phone kesayangan telah meninggal dunia. Tepat 3 Syawal, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. alt  Dah try CPR dah, namun, tiada rezeki aku dan dia untuk bersama lebih lama lagi. Selama 1 tahun 10 bulan bersama, pelbagai suka dan duka kami kongsi bersama. Namun, apakan daya, dia telah ditakdirkan untuk ‘pergi’ dahulu.

k550iblack2

Cukup sampai situ kisah menyayat hati, kita sambung dengan diari syawal aku.



Satu Syawal


Pagi-pagi lagi aku bangun, solat subuh pastu tido balik. Bangun pukul 7.40 pagi, lepak-lepak jap. Pukul 8.00 gitu baru gi mandi. Sekali dalam bilik air bapak aku dah panggil gi sembahyang daaa… Kelam kabut ah aku mandi, pakai baju lagi, pakai samping pun dah tak betul alt  Nasib baik sempat. Habis solat, sesi bersalam-salaman. Tahun ni semua family aku happy je, tak macam tahun-tahun lepas dimana pertumpahan air mata sangatlah banyak. Cuma tahun ni pertumpahan air mata hanya berlaku antara mak aku dengan kakaknya (mak cik aku).


peri-cium Ini antara anak dan bapak ye, sila jangan salah faham.

peri-cucu Seperti biasa, yang blur itu saya alt 

peri-aku

Aku tak suka taruk gambar sendiri kat blog, nak tengok muka aku, silalah add di Facebook.

2-5 Syawal

Bermula dari 2 Syawal hingga 5 Syawal, aku berada di Felda Sg. Sayong, Kulai, Johor. 1 Syawal aku berada di Batang Kali, dimana rumah nenek belah mak aku (rumah kami sebelah menyebelah je :D). 2 Syawal baru balik kampung belah ayah aku. Memang best ah beraya dekat Johor, dengan cousin2 aku. Huhuhu… Paling tak leh blah tyme 3 Syawal (K550i baru je meninggal paginya) dimana aku gi open house mak long aku. Then cousin aku (anak mak long) dengan pak cik aku panjat pokok, petik buah duku sampai penuh satu kereta sorong tu. Bayangkanlah… Hahaha…

peri-duku  
Nampak tu, duku satu kereta sorong xD

Hoh, cousin and nenek aku dapat laptop free! Laptop 1 Malaysia. Pergh.. Yang nenek aku siap dapat Wi-Fi Modem free pulak uh. Dengan bayaran RM20 sebulan.

peri-Laptop 1  
Yang atas tu nenek aku punya, yang bawah HP ni cousin aku punya.

peri-kuu

6 Syawal


Aku terima 3 jemputan.
1. Open house kawan aku
2. Kawan aku ajak gi Mid Valley
3. Pak cik aku ajak gi Cameron
Mana satu aku nak pilih?? Arghh.. Last-last, aku ikut pak cik aku memandangkan dia suruh dan aku dah lama tak pergi Cameron. (sori Hadri n Naqib, x dpt ikut korg) 


Peri-DSC01982  
Sejuk gila sebab time tu hujan, sampai beli penutup telinga uh alt 

Peri-DSC01994  
Melawat kilang Boh, first time gi sini, selalunya pergi Bharat tu je

Peri-DSC02012 

Berhenti makan dekat Lata Iskandar

Haaa, tu je lah diari aku sepanjang Syawal ni. 8 Syawal aku ada appointment dengan dentist sebab ni:

Peri-braces

Huhu.. Kaylah, sampai sini je coretan aku kali ni. Insya Allah lain kali ada lagi coretan merepek aku dekat blog ni. Hingga berjumpa lagi, wassalam~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails