Wednesday, October 6, 2010

Atuk :'(

Hanya entri ringkas.


Tanggal 04102010 pada jam 7.25p.m, atuk aku telah pergi meninggalkan segala kemewahan dunia. Sedih. Sangat sedih. Kehilangannya sangat terasa bagi aku. Aku selalu temannya ke kedai dan solat Jumaat. Kadang-kadang tolong urut. Tak sangka bila dia mengadu lenguh-lenguh tangan kiri menandakan jantung kiri dia lemah. Ya, dia meninggal kerana sakit jantung. Menurut doktor, kira-kira 75% jantung kiri dah tak function.

Tapi dia pergi dengan cukup tenang. Raut wajahnya seakan tidur. Macam biasa. Tak sangka time outing hari Sabtu, itu kali terakhir aku bercakap dengan dia. Sempat dia bagi aku RM10 sebelum dihantar ke Hospital Kg. Baru, Kuala Lumpur sebelum dihantar ke IJN petang tu. Tak sangka tahun ni last aku sambut Ramadhan dan Syawal dengannya. Aku tak sempat melawatnya di IJN. Terkilan pun ada juga tapi komitmen sebagai pelajar asrama menghalangku (ayat gramatis tul).

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya. Al-fatihah....

0 comments:

Related Posts with Thumbnails