Wednesday, December 15, 2010

It's Not Too Personal

Assalamualaikum..

Dah lama tak update pasal personal rite? Atau dalam bahasa melayu kita panggil 'peribadi'. Bukan apa, aku rasa kekok nak share pasal personal kat blog. Kalau korang rajin tengok archive blog ni, dulu memang kat sinilah tempat 'luahan perasaan' aku dan diselitkan dengan beberapa 'nasihat' (walaupun pada mulanya aku berusaha untuk tidak menulis berkaitan peribadi). Bukannya terlampau peribadi tetapi tak biasa nak 'kongsi' dekat blog.

Kalau nak diikutkan, siapa je yang baca blog aku ni kan? Dan bila diorang masuk-masuk je blog kita, diorang nampak post merapu-rapu pasal diri kita *sory sape terasa, ni pandangan aku secara personal* diorang kesah apa. silap-silap terus tekan shut down pangkah. (sorry, aku sendiri pernah buat. LOL, salah sendiri ta nampak, sory guys! Chillex!). Aku bukanlah professional blogger. Baru 2 tahun bergelumang dalam semua ni. Nuffnang aku pun dah setahun pasang baru RM3.10. Dulu aku agak rajin blogwalking dan kenal beberapa blogger tetapi tahun ni aku dah kurangkan aktiviti tu. Bukan sebab apa, malas tu ada la jugak tapi kerja yang bertimbun-timbun tu menghalang aku.

Aku nampak terlalu dewasakah bagi budak berumur 14? Hahaha... Bukan sebab apa, aku yakin readers blog aku tak tau yang aku ni 14 tahun. Tahun depan nak PMR beb! So sebab tu aku dah kurang blogwalking. Just nak tulis je pagi-pagi macam ni. Lepas subuh set jam pukul 8.00, dah sedar dah, tutup alarm then tidur balik sampai pukul 10 =.='

So, sekian je la post kali ni, aku nak mencapub muka jap. Kay, bye. Wassalam.

Ini saya. Sekian, terima kasih.

UPDATED: Setelah berfikir selama berhari-hari  (ayat poyo), aku tarik balik ayat aku yang di strike kat atas. Aku pun pernah jugak buat pasal personal kat blog ni. Nak tengok, tekan Ctrl+A then tekan sini. Lagi craps dari korang punya -.- Sorry guys! Always chillex!

1 comments:

Ikki² said...

eh lebih elok dari aku:
set alarm kul 6.45.
Bangun,tutup & tidur balik
bangun2 pukul 1.00:)

Related Posts with Thumbnails