Assalamualaikum...
Abaikan tajuk , a few weeks lately aku dah hilang semangat nak blogging , nak tulis panjang-panjang . Dunno y . Haih . . Persetankan benda-benda tu semua , hari ni (5/2/2011) , aku nak catat dalam blog ni satu cerita yang berlaku yang boleh aku rujuk pada satu masa depan (untuk tengok betapa tak matangnya aku sekarang xD). Hari ni dimulakan dengan keluar rumah seawal pukul 7.40 pagi untuk appointment dengan dentist pasal braces aku . Sampai dekat klinik gigi tu pukul 8.25 pagi . Ketika aku daftar nama aku , nama aku yang ke-15 sedangkan klinik tu officially bukak pukul 9 . Awal betul diorang daftar .
Then , aku dengan parent aku pergi la sarapan sebelah klinik tu . Lepas sarapan , macam biasa kalau nama bawah-bawah , bertapa la kat klinik tu 2-3 jam . After giliran aku , dah bayar semua gi la dekat Alpha Angle (Jusco Wangsa Maju) untuk lunch dan cari hadiah besday kezen aku dan beberapa barang keperluan aku . Sambil-sambil tu ingat nak test la beli seluar khakis Giordano coz member aku cakap murah . Masuk je butik , tengok khakis straight fit RM98 . Terkejut beruk aku ! Ushar sweater , ye la murah . RM68 je berbanding sweater Forest yang cecah RM80 . Hampehhhh -__- Last-last beli jugak seluar slack Snails Original je . Takpelah , sokong buatan Malaysia :D
Lepas tu , pergi jalan-jalan dekat Taman Melawati pulak . Redah sampai ke Kampung Kemensah bagai , tengok rumah sewa lama kat Jalan J3 . Then , pecut balik Batang Kali yang tersayang .
Kesimpulan : Takde apa-apa yang nak disimpulkan . Puas jugak berjalan . Dan tiap-tiap kali pergi Alpha Angle , wajib beli Starbucks Coffee :D Dan pes tyme lah kot keluar rumah untuk shops lebih 6 jam . Sebab tu aku tulis kat blog . Sejarah ~ Dan last , desktop aku menerima gambar baru sebagai wallpaper baru . Aku memang suka pemandangan KLCC . Cantik je , dan kalau desktop lama gambar KLCC waktu siang yang ditangkap oleh ayah aku pakai Kodak digital camera (sekarang dah jadi aku punye) , sekarang gambar KLCC jugak tapi waktu malam pulak . Photographer yang sama tapi pakai Nikon D3100 pulak . Nah cuci mata :
Dahdah , aku merepek sampai mana entah . Chiao dululah .
0 comments:
Post a Comment