Saturday, February 26, 2011

Gitar oh Gitar

Assalamualaikum ..

Sekadar ingin berkongsi. Lama tak taip kat laptop ni. Space bar pun dah rasa lain macam sikit. Haiyoo.. Lama betul tak cuti. Dan next week exam lak tuh. Actually, aku baru baik dari demam ni. Tetiba je demam -__-" Haih.. Telan paracetamol yang doktor bagi 4 biji terus sihat. Aku dah la malas nak telan tablet, nasib baik cepat sembuh! Lega sikit. Kaitannya dengan tajuk post?

Sebenarnya, dari dulu lagi aku teringin nak belajar main gitar. Taktau kenapa, tapi bagi aku sesiapa yang pandai main gitar tu dianggap lelaki termacho di dunia xD style kan main gitar? Sebelum ni aku tak pernah tengok orang main gitar live depan mata aku (kecuali orang buta mintak sedekah tu) sampailah dalam bulan Julai tahun lepas, kawan aku bawak gitar dia dan main. Tu la first time aku tengok orang main gitar live depan mata. Sebelum tu memang ada senior-senior aku wat show and jamming kat asrama tapi tu jauh dari mata aku. Ni dekat gila ah. Aku teruja gila lah en


2-3 bulan lepas tu bila aku tengok kawan aku yang dah bergelar haji pun main gitar gak, pelan-pelan pintu hati aku terbukak nak belaja main gitar. Lagu first yang aku belajar bukanlah lagu happy besday atau nursery rhymes yang lain, tapi lagu Hey There Delilah. Kemudian, second song yang aku belajar lagu Your Call-Secondhand Serenade. Tapi disebabkan rumah aku takde gitar, parents aku tak kasi beli gitar, so aku main kat asrama je. Masuk je cuti sekolah, damn! Boring gila takde gitar! Tapi impian aku hampir menjadi kenyataan bila kezen aku beli gitar. So, dapatlah aku main.

Masuk sekolah balik, akhirnya dapat jugak aku roommate dengan kawan aku yang pandai main gitar tu , dan dia pun dah bergelar haji jugak sekarang. Kalau dia bawak gitar, dia suruh aku simpankan dalam loker aku coz loker dia tak muat. Aku yang macam pucuk dicita ulam mendatang apalagi, main sesuka hati aku la xD Memang mula-mula sakit jari coz kena tekan tali dia tu kuat-kuat tapi lama-lama bila jari kau dah keras, dah tak rasa apa dah.

Dulu macam mimpi je aku boleh main lagu-lagu strumming, yang pakai chord, senang cita macam mimpi lah aku boleh main gitar. Walaupun tak hebat sangat, masih merangkak-rangkak, lagu Hey There Delilah, Hey Soul Sister, Count On Me, Your Call tu bole la walaupun tak lancar. Dan pengetahuan aku dekat gitar makin luas, kalau dulu aku tau ada dua jenis gitar je, kapok and electric. Sekarang aku tau ada 3 jenis, classical, akustik and electric. Yang best main classical la coz string bawah dia tak sakit nak ditekan tapi kalau akustik, agak sakit jugaklah. Kawan aku cakap, kalau nak belajar main gitar, belajar gitar classical paling berbaloi coz orang yang belajar classical boleh main akustik and electric tapi orang akustik and electric tak bole main classical. Aku tak kesah sangatlah kejadah ape tah tu, yang penting aku bole main :D

Alhamdulillah boleh jugak aku main walaupun tak terer sangat. Janji boleh main sudah. Kay la, itu je aku nak share , byeeeee

1 comments:

♥[tahirah]♥ said...

wahh CONGRATS !
tak sangka ni hahaa.. nanti rakam lah video.. nak tengok gakk...

Related Posts with Thumbnails