Sunday, March 13, 2011

Kitara (Y)

Assalamualaikum..

Lama tak update pasal tech kan? Since aku dah tergila-gilakan gitar sekarang ni, ada satu gajet ni yang memang khas buat manusia yang tergila-gilakan gitar dan aku rasa professional guitarist pun nak sangat benda ni. Apakah itu? Memperkenalkan, Kitara Misa digital guitar:


Gitar digital? First time kan dengar? Kenapa gitar digital dan apa beza dia dengan gitar elektrik biasa? Gitar ni dinamakan gitar digital disebabkan tali pada fret digantikan dengan butang dan untuk strum atau plurk lagu, sentuh sahaja jari anda di skrin 8" yang disediakan. Menarik bukan? Seperti yang ada pada gitar elektrik lain, Kitara menyediakan lubang audio out 1.25" untuk menyambungkan gitar ini ke amplifier.

Selain itu, kalau tanak ganggu jiran2 kat luar bole sambung ke 3.25mm headjack, so korang sorang je yang dengar. Tak mengganggu orang lain (kalau sumbang pun orang taktau). Dan ikut official website dia, diorang kata gitar ni siap dengan Linux OS, nak wat pe ha dengan Linux OS kat gitar? -..-  OK, gitar ni didatangkan dengan 24 frets dan 144 notes serta MIDI out. Kejadah benda tah tu.


Setakat ni aku tak explore lagi gitar ni kat mana-mana website lagi. Just tengok kat official website dia je. Harga? Hmm.. No komen. Maybe berpuluh-puluh ribu la kot. Kalaulah dapat benda ni, aku tak main rasanya, main FB lah kot since ada Linux OS xD Kay ah , tu je untuk malam ni. Bye


0 comments:

Related Posts with Thumbnails