Wednesday, March 16, 2011

Skype or Facebook IM ?

Assalamualaikum..

Setiap hari mesti ada orang yang memaki hamun FB. Tak kesah la samada dekat Twitter, blog mahupun di laman FB sendiri. Ada yang salahkan line internet, ISP dan ada juga yang salahkan server FB sendiri (macam aku). Tak lupa ada jugak yang salahkan Mark Zuckerberg. Haha… Jadi, apa sebenarnya yang berlaku kepada FB sampaikan aku rasa macam aku pakai dial-up modem pada zaman 2002 dulu. Ada yang kata server kat Jepun probs sebab tsunami so kita ter-effect gak. Entahlah…

Aku sebenarnya bukak FB tu pun lebih kepada nak pakai IM dia je. Komen-komen gambar, wall-to-wall tu lain cite. Disebabkan server FB probs, so chat pun terganggu sebab asyik terputus je. Tengah chat tibatiba orang tu offline pulak. Then online balik. Nak wall-to-wall pun dah la load page lembab, jangan haraplah. Lagipun chat kan kadang-kadang pasal benda private, so takkanlah nak tulis kat wall orang tu pulak kan?skype




Nasib baiklah ada penyelamat. Kawan aku tiba-tiba tanya Skype ID aku. So dari situ, tiba-tiba ramailah pulak online Skype. Jadi kitorang pun buatlah conference. Totally awesome! Yang mana ada mic tu bolela kita dengar dia main gitar lah, dia nyanyi la, sampaikan dia taip mesej pon dengar alt  Tapi disebabkan ada yang tak upgrade Skype version diorang kepada yang latest version, so tak dapatlah nak buat video conference. Dapat buat voice conference je. Tapi still best! alt  Yang takde mic tu just chat conference je la.


Actually Skype ni adalah satu lagi Instant Messaging tools macam YM yang pernah top satu ketika dulu *da lama tak on YM dan juga Windows Live Messenger atau pop dengan nama MSN. Cuma Skype ni lebih terarah kepada call dan video conference berbanding chatting. Ini kerana, melalui Skype juga korang boleh call henpon orang, rumah orang dan wat emergency call pon boleh. 999 sebagai contoh. Tapi semua tu kena bayar lah. Kalau nak free, setakat video conference, voice conference jelah.

Dan Skype ni jugak boleh pakai kat phone-phone yang canggih manggih yang belambak kat luar tu. Senang cite smartphone pun bole pakai Skype ni jugak. Ada yang boleh buat video conference dengan smartphone diorang tu tapi kebanyakkan nya cuma boleh chatting je. iPod Touch generasi yang baru ni pun boleh buat video conference ni jugak memandangkan dah ada kamera depan belakang. Tapi mestilah pakai Wi-Fi coz nak pastikan line korang stabil. Apa yang pasti, phone aku tak boleh sumbat Skype app ni alt

skype3

Kay lah, tu je aku nak share untuk kali ni. Kalau rasa terpikat boleh la pergi download Skype kat www.skype.com <—klik ruang kosong ni. Daftar macam biasa kat webpage dia tu sementara korang tunggu dia abes donlod. Bergantung kepada speed Internet, dalam setengah jam Insya-Allah siap. Selamat mencuba!

2 comments:

♥[tahirah]♥ said...

FB IM sgt bengong. HAHA. nak guna skype tapi kawan aku sikit jerr.. so mcmane? kurang sosial lah aku skrg HAHA.except kat twitter.. kat blog pulak x ramai pengunjung XDD

x-pro96 said...

ahah , promote lah skype dekat kengkawan kau

Related Posts with Thumbnails