Saturday, April 9, 2011

Kalau dah namanya Apple putih …

Assalamualaikum..

Haaa.. Minggu ni balik lagi aku. Rajin betul. Haih.. Kalau bukan sebab appointment dengan dentist, takdenya aku nak balik. *Saat post ini ditulis, aku sedang menahan kesakitan T^T Dan kali ni, mungkin adalah the best part of my life ever bila mak aku rajin melayan kerenah aku hari ni. Sesuatu yang menakjubkan bila mak aku tak kisah aku masuk kedai Yamaha. Haha.. Nanti aku cerita.

Tujuan utama aku balik adalah untuk appointment dengan dentist. Setel dah dengan dentist, ayah aku drop kan aku dan mak aku kat Wangsa Walk dan memberi RM100 kepada mak aku sambil berkata,

“Sukatilah nak pergi mana-mana, ayah nak balik ofis, buat kerja kejap”.

Lebih kurang macam tu la ayat ayah tadi. Pastu aku dan mak aku pun masuklah Wangsa Walk Mall tu. Then naik floor 2 gi kat kedai accesories Apple, tanya kan benda ni:




Tapi malangnya takde. Takpelah, kemudian aku mengatur langkah ke kedai muzik Yamaha pulak. Aku cuak je mak aku marah. Tapi mak aku tak cakap pape. Aku yang cakap

“Singgah jap, kawan Amie kirim barang untuk gitar dia”

Mak aku cakap, “OK”. Masuk, mintak capo dengan pique kat kaunter tu, bayar then blah. Sebelum tu aku ada cakap kat mak aku yang kawan aku ni bapak dia belikan gitar Yamaha RM300+ untuk hadiah UPSR, pastu mak aku cakap, “Kau dapat berapa ribu untuk UPSR?” OK, haha (laptop+K550i).. Then mak aku cakap lagi, “Nak apapa, 8A dulu”. Aku pun tunjuk gitar elektrik kat belakang aku kaler biru, “Yang tu lah ma”. Mak aku cakap, “8A dulu”.

Dah setel semua, kitorang cari tempat nak pergi mana pulak. Mak aku tanya kat mana nak cari menatang USB kabel iPod aku tu, aku cakap lah kat Machines KLCC ada kot. Mak aku ajak naik cab then turun kat Stesen LRT Sri Rampai pastu terus gi KLCC naik LRT. Sampai kat sana, terus pergi kedai Machines, tanya-tanya dia tunjuk:

DSC_0012

Mak aih, RM79?! Terbeliak mata aku, tapi terpaksa beli jugaklah sebab dah takde yang lain. Fikir-fikir balik, aku beli full-set iPod Shuffle RM179, aku beli kabel sahaja dah RM79, takkanlah iPod tu worth RM100 je? Rupa-rupanya dalam kotak ni ada dua kabel, satu 44mm, satu lagi 1000mm. Tengok lah gambar ni:

DSC_0013
DSC_0015 DSC_0014

Lepas dah bayar, amik LRT balik then pergi Wangsa Maju lak, nak gi cari selipar aku kat Padini Authentics Alpha Angle. Sekali tengok tengah upgrade store daaa… Kecewa gila aku. Aduhhh… Takpelah, pakailah dulu Crocs aku ni, dah lama tak pakai.. Then aku n mak aku pergi lunch dekat McD. Dapat lah kupon free Sausage McMuffin untuk breakfast. Mak aku pusing-pusing amik sampai berapa kali tah. Dah lunch, kol ayah aku. Sementara tunggu ayah aku sampai, solat dulu. Dah habis solat, kitorang pun balik Batang Kali. Ahaha… Gilalah, hari ni je dah 3 shopping complex aku pergi dalam masa 3 jam. OK, dah sampai masa aku blah, adios~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails