Assalamualaikum..
Kejadah tetibe tulis pasal paparazzi pulak dah. Hahah… Yeah, aku memang suka tangkap gambar. Kalau dapat kamera mesti ada je benda nak tangkap. Tak kisahlah compact digital cam ke, DSLR ke, camphone ke, aku bantai je. Tapi kalau kualiti sampah, pandang lens dia pun aku tanak.
Paparazzi… Selalunya kita kaitkan orang macam ni dengan golongan manusia yang suka tangkap gambar senyap-senyap tanpa pengetahuan orang tu. Selalunya yang dijadikan subjek mestilah artis kankan? Tapi lain kesnya dengan aku. Aku pun suka gak tangkap gambar orang ni senyap-senyap. Pernah kawan aku panggil aku paparazzi. Haha.. Bangga lah kot *ceh =..=
Dalam simpanan aku, hampir semua gambar yang aku tangkap adalah candid. For me, candid pics lagi lawa+cun+cantik+mahal+eksklusif daripada gambar biasa (yang banyak pose). Tapi tak kesahlah kan sebab aku lelaki, dan lelaki memang tak berapa suka posing-posing ni. For surelah gambar perempuan pose lagi mahal daripada gambar lelaki pose kan? Tapi candid pics ada nilai dia yang tersendiri. *ceh, gaya cakap dah macam orang berseni padahal projek seni haram nak buat
Antara koleksi-koleksi candid pics yang aku ada:
Candid yang tak jadi sangat |
Paling mahal :P |
Ini mahal gak ni |
Dan perkara utama yang selalu dicari jurugambar-jurugambar atau paparazzi-paparazzi untuk memulakan projek ‘seni’ diorang ni semestinya kamera. Dan ya, memang aku mempunyai kamera. Kamera biasa-biasa je yang aku amat-amat sayang walaupun dengan lambakan kamera yang MP nya lagi besar dari kamera aku (7.2MP) tapi HD photos yang ada dalam kamera aku tak boleh nak tandinglah!
Kotak kamera |
Akan tetapi, semuanya dah tinggal kenangan. Kira-kira 2 minggu lepas selepas aku habis menjawab kertas soalan Bahasa Malaysia, kamera tu yang aku taruk kat dalam loker kena REMBAT

Sedih memang sedih, benda paling bermakna dalam hidup aku hilang macam tu. Memang aku ada DSLR kat rumah tapi tu untuk kegunaan famili, ni personal nye kamera. Yeah, kamera tu ada sentimental value beb. What the fish laaaa bole ilang pulak. Aduhh… Dah tak boleh jadi paparazzi

Tapi nasib baik iPod Shuffle aku tak kebas sekali. Kalau takkk, fuhhh.. Takde semangat dah nak hidup. Kamera hilang pun macam separuh nyawa melayang, kalau iPod hilang lagilah. Mampus terus aku. Hmm.. Kaylah, nak pergi melayan perasaan. Chiao~
0 comments:
Post a Comment