Friday, November 18, 2011

Kamera

Assalamualaikum...

Ada bukak website Google tak hari ni? Perasan tak perubahan pada perkataan Google tu? Memang bukan first time Google buat macam tu but this time lain macam sikit. Mula-mula aku ingat hari memperingati pengasas Google yang dah mati since gambar dia hitam putih. But then aku klik gambar tu, keluar pasal Louis Daguerreo. Stalk-stalk then baru aku ingat pasal Daguerreotype, kamera pertama di dunia.

Google homepage pada 18 Nov 2011


Louis Daguerreo dilahirkan pada hari ni (18 Nov) kira-kira 224 tahun lepas. Seorang artis dan ahli fizik di Perancis. Pada tahun 1839, Daguerreo telah mencipta sebuah kamera yang dinamakan Daguerreotype. Daguerreotype mengambil masa sehingga lapan jam bagi menghasilkan sekeping gambar. Tapi Daguerreo sedar yang takde sape pun yang sanggup berdiri tegak dihadapan kamera selama 8 jam bagi menangkap gambarnya. Dan beliau terus mencuba menghasilkan kamera yang tidak memakan masa untuk menghasilkan sekeping gambar. Beliau meninggal dunia pada 10 Julai 1851 pada umur 64 tahun.

Daguerreoype. 


Idea asal Louis Daguerreo ini dibawa dan dibaikpulih tahun demi tahun sehinggalah terhasilnya kamera seperti hari ini yang menangkap gambar tak sampai satu saat pun berbanding 8 jam pada Daguerreotype. Bayangkanlah kalau Daguerreo tak terfikir nak invent Daguerreotype, camnelah kita nak tengok muka kita masa baby dulu en? Big thanks to Daguerreo.

Gambar hiasan. *bukan aku


Nowadays, kalau pergi mana-mana tak bawa kamera mesti rasa rugi or menyesal. Dan nasib baik manusia ni dikurniakan akal oleh Allah dan telah memudahkan kerja kita dengan menyatukan kamera dengan henfon. Idea asal nak buat henfon berkamera sebenarnya nak memudahkan kerja kita dengan tak payah bawak kamera dengan henfon asing-asing. Sebelum tu camera maker dah mudahkan kerja kita dengan membuat kamera kecik-kecik yang muat masuk poket jeans, tapi sekarang orang lagi suka bawak kamera bagak-bagak yang berat pastu gantung kat leher. DSLR le, apa lagi...

But choice masing-masinglah kan nak kamera besar mana sekalipun, duit diorang. Selagi tak mintak duit kita nak beli kamera sudah. Kay, sampai kat sini jelah aku menaip. Till then, adios~

P/S: Aku dah ada Tumblr. Hoho, konon dulu benci Tumblr, last-last buat jugak -.- Nak tengok Tumblr aku, klik bawah Hyppo World dekat sidebar kanan blog ni.

P/S lagi: Bilalah nak update Hyppo World -.-

0 comments:

Related Posts with Thumbnails