Tuesday, November 22, 2011

Sick

Assalamualaikum…

Siapakah yang sakit? Aha… Bukan aku, tapi laptop aku. Yeah, Dell Inspiron kesayangan aku nih. Diam tak diam dah dekat 3 tahun dah dia couple ngan aku *wakakaka. 13 Disember nanti cukup 3 tahun kitorang bersama. Haha… And normal la kan bagi laptop murah cenggini, kalau dah lebih 2 tahun mesti ada probs kannn? Laptop ni pun sama. Sepanjang 2 tahun 11 bulan dengan aku, tak pernah aku hantar pergi kedai. Servis ke hape, tak pernah. Install OS pun sendiri. Hoho…Semua aku buat sendiri. Defragment disc pun jarang . Then baru-baru ni dah mula dah nak buat hal. Haih…


100_1055


Baru-baru ni, time aku tengah syok-syok layan YouTube, tetiba laptop ni hang. Ingatkan sekali je sebab aku memang tak shut down laptop tuh dari semalam, sleep je. “Maybe penat kott”, aku berkata dalam hati *ceh, ayat tak boleh blah. Tapi lepas tu, kerap pulak jadi =.= Memang aku menyirap ah. Bila aku ingat balik laptop ni dah ‘tua’, terus aku cool down balik. Dah sampai masa dia jadi macam nih. Aku tak kesah sangatlah.


100_1061


But sokayy, aku akan terus pakai sampai laptop ni betul-betul jahanam baru aku menangis air mata darah. Haha… Lepas ni nak sambar MacBook Air pulaklah kalau ada rezeki, Insya-Allah. Bout this laptop, specs dia aku rasa masih tinggi lagi walaupun dah 3 tahun ke belakang. Haha… 2GB DDR2 ram, 250GB hard disc yang tak penuh-penuh, 14” widescreen yang gempak, Win7 Ultimate sendiri install, cukup lah nak berkhidmat untuk aku sampai habis sekolah nanti. Masuk U atau akademi penerbangan *aku nak jadi pilot! nanti baru cari baru yang betul-betul ngam ngan aku. *MacBook Air ok kot, teheeee…






Btw Miss Dell, I still love you (: Kay simple update. Hoho, chiao guys ~

0 comments:

Related Posts with Thumbnails