Monday, August 1, 2011

It’s The End

Assalamualaikum..
OKlah, back to the root. Penat dah mengarang post english. Kita kembali berbahasa ibunda :DD

Setelah lebih sebulan aku tak balik rumah, akhirnya dapat gak balik Jumaat lepas. Well, hepi la gak. Act, ari Jumaat aritu Sports Day. So, lepas penat lari-lari, dapat lak balik rumah. Memang heaven lah! Huhu..

Act, type post ni saja je. Nak update blog yang dah bersawang ni. Memandangkan tahun ni aku PMR, so kitorang satu family terpaksalah shopping awal coz aku dah jarang balik bulan puasa ni. Sabtu aritu, lepas appointment ngan dentist, terus gi Masjid India naik LRT nak cari baju melayu. Tahun ni tak dapat tempah coz takde masa nak jumpa taylor. Pusing-pusing kat Masjid India sampai lenguh lutut, last-last dapat gak baju melayu yang murah lah jugak kat Kamdar. Then ambik LRT patah balik gi Wangsa Maju.

Sampai kat Alpha Angle Wangsa Maju, makan dulu kat Kenny Roger’s ^^, 3 orang makan pun dah dekat RM100 =,= This year, mak aku dah tak bawak gi One Utama dah kalau nak shops baju t-shirt untuk raya. Kitorang just shops dekat Alpha Angle je. Tapi worth it bila Padini Concept Store kat situ buat sales 50% untuk semua barang yang diorang jual. Tahun ni jugak aku tak berapa fokus nak beli baju t-shirt biasa, lebih fokus cari baju untuk annual dinner Form 3 bulan 10-11 nanti. Pusing-pusing dalam Concept Store tuh, tertarik pulak dengan sehelai kemeja ni. But pricey sikit ah. Lepas dah pusing dalam tu, mak aku suggest suruh beli skinny Padini coz ada less 50%, tapi aku tanak. Dah ada satu cukuplah. Then naik atas lak, tengok kat Men’s Department. Tertarik dengan kemeja slim fit ni. But saiz M. Mak aku suruh je aku test. Test punya test, ngam lah jugak. Ambik je ah kemeja tu dengan kemeja Hush Puppies selai.

Lepas dah bayar, turun bawah balik, masuk Giordano lak. Aku memang aim nak beli khakis Giordano. Ushar-ushar, saiz aku tinggal yang straight fit je. Aku bedal je la, test, ngam. Pastu promoter tu cakap kat mak aku, tanak beli seluar or baju lain ke coz dapat 20% less untuk 2nd item. Aku ingat nak sambar skinny fit lak tapi mak aku offer t-shirt merah menyala tu pulak. Nampak lawa gak, ambik je ah. Then masuk balik Padini Concept Store tuh. Mak aku suruh bapak aku lak shops baju dia. Tengah nak bayar, tetiba cek poket duit tak cukup. Bapak aku suruh hold jap baju dia, dia gi bank. Aku ngan mak aku komplot ah, alang-alang dah kluar duit tu, ambik lagi satu baju. Aku pun ambik ah baju t-shirt PDI. Wahahaha…

Malam tu pulak ada kenduri tahlil + family gathering kat umah mak cik aku. After tahlil, ada BBQ ^^ Alang-alang ada gitar, sambar then main sambil family aku bakar-bakar n makan. Aku dah macam pemuzik jalanan je ==’
gitaran
Dengan topi ala-ala Bruno Mars yang dipinjam pakej ngan gitar. Sebijik macam pemuzik jalanan kat UpTown. Ahah… Well, sape tahu? Tup-tup sedare aku kasi gitar tu kat aku, for free! :DD Ehem… Dah dekat PMR pun, aku ni =..=

Esoknye (smalam), lepas ziarah kubur, makcik aku ajak gi shops dengan dia pulak. Aku agree je lah. Tup-tup gi Carrefour Wangsa Maju n Alpha Angle jugak. Kat Carrefour aku tak shops sangat, tapi sampai dekat Alpha Angle, around RM100 gak habis. Dengan selipar PA, earphone n men’s wear lagi, fuhhh… Puas betul aku. Duit pun puas bertukar owners.

OKlah, I think sampai sini je berceloteh. I know yang post ni bosan tapi just nak share je. Not more than that. Tak berniat nak show-off pun.

Nota kaki: Baru kenal Melda Ahmad tadi. Haha… Lame seyh aku. Lepas dengar lagu dia, terus ambik gitar, then belajar lagu Kimia. Well, biasa je kot lagu dia. Not too bad. Ramai orang compare kan dia dengan Najwa Latif, why eh?

0 comments:

Related Posts with Thumbnails